Dia Aku Punya :'(
Assalamualaikum . Allah maha mengetahui segalanya . Allah yang menentukan hidup ini . Jodoh, mati dan semuanya adalah ditangan Tuhan . Kita sebagai umatnya, tak layak untuk membantah ketentuanNya . Alhamdulillah kerana Allah masih menghidupkan aku untuk berada di dunia yang sementara ini . Aku sayang dan hormat ibu ayah aku . Ibu telah melahirkan aku dan ayah telah menjaga aku sehingga aku besar . Berterima kasihlah kepada mereka . Ibu risau bila aku keluar dari rumah . Aku terima itu . Aku bukanlah seorang yang sosial . Satu hari, aku minta izin dari ibu untuk keluar dengan kawan-kawan aku . Ibu izinkan aku . Syukur Alhamdulillah . Aku hang dekat MP . Nazmi pun hang . Tapi, dia hang dengan kawan dia . Aku tak kisah . Memang segan sangat bila nak jumpa dia . So, aku tak jumpa dia . Aku belikan dia dengan kawan dia tiket wayang . Dalam wayang, dia suruh aku duduk sebelah dia . Okey, aku duduklah sebelah dia . Aku langsung tak tegur dia . Maklumlah, baru first time jumpa . Mestilah segan . Orang selalu kata "Kalau lelaki betul-betul sayangkan seorang perempuan, dia takkan berani untuk menyentuh perempuan itu kerana dia hendak menjaga maruah perempuan yang dia sayang ." Itulah orang selalu kata . Tapi, memang betullah kan ?! Walaupun kiteorang duduk sebelah-sebelah, dia tak pernah menyentuh aku . Apatah lagi aku . Just cakap sikit-sikit je . Memang aku respect habis dengan dia . Nak tahu tak ? Dari situlah aku tahu yang dia sayangkan aku . Tapi, aku tak tahulah betul ke tak . Kalau perasaan aku pulak, memang aku sayang dia . Wayang habis, dia terus balik . Tak sempat nak jalan-jalan dengan dia . Takpelah . Takde rezeki untuk jalan-jalan dengan dia . Aku harap sangat satu hari nanti aku dapat hang dengan dia lagi . Dia dah balik . Hati aku rasa seksa sangat . Seksa kerana tahan rindu dengan dia . Kalau boleh, aku nak sangat hang dengan dia lagi . Tapi, boleh ke ? Ibu aku bagi ke ? Itulah jadi penghalang untuk aku berjumpa dengan Nazmi . Ya Allah ! Sememangnya, aku tersangatlah rindu dengan dia . Bila aku fikir pasal dia, aku tak dapat tahan air mata dari menitik . Aku betul-betul rindukan dia . Setiap kali aku fikir pasal dia jugak, semangat aku terus berubah . Berubah jadi lemah . Lemah sangat sampai tak terdaya nak buat apa-apa perkara . Tapi, aku kuatkan jugak diri aku ini . Aku tak nak orang nampak yang aku lemah . Aku tahu yang aku ni sorang yang kuat dan tabah bila tempuhi semua ujian dari Allah . Mood aku pun tiba-tiba berubah . Kadangkala, aku nak marah orang yang tak salah je . Dan kadangkala jugak, aku happy . Happy aku sekejap je . Tak lama . Lepastu, terus hilang mood . Macam tu lah aku lepas hang dengan Nazmi . Sedih sangat . Nak mesej dia . Tapi, takut dia tak reply . Nak chat dengan dia kat facebook . Facebook pulak terpaksa deactive . Nak tweet dengan dia kat twitter . Takpelah . Aku tahu yang dia takkan balas tweet aku . Terpaksa lupakan untuk berhubung dengan dia . Tapi, aku takkan pernah lupakan kenangan-kenangan yang aku lalui semasa dengan dia . Dia akan tetap berada di hati aku . Tiada siapa yang dapat gantikan dia di hati aku dan aku harap sangat yang dia tetap di hati aku selama-lamanya sehingga akhir hayat aku . Ya Allah, kalau betullah dia jodoh aku, kau janganlah pisahkan kami . Dan aku harap sangat, biarlah dia cinta terakhir dalam hidup aku . Aku mohon . Amin . You Are My Ending Love ! Ditaip dari seorang insan yang lemah . ~Siti Nur Syafiqah Binti Borhan~