Selamat Datang Ke Blogger Syafiqah ~ Welcome To Syafiqah Blogger


Cuti Yang Amat Membosankan !

Assalamualaikum .. Dah lama tak update status kan ?! Maklumlah, budak asrama sentiasa buzy ! Hahaha .. Cuti dua minggu ni, amat membosankan . Tak tahu nak pergi mana . Ibu ayah asyik buzy je memanjang . Aku pun dah naik muak . Susah betul nak dapatkan kasih sayang dari ibu ayah kan ?! Bila hari Sabtu dengan Ahad je, mesti ibu nak rehat . Bila aku ajak jalan-jalan, nanti ibu kata, "Ibu penat, seminggu ni asyik kerja je . Takde masa nak rehat pun . Dua hari ni lah ibu kene rehat puas-puas ." Inilah ayat yang sangat membosankan ! Muak aku dengar . Duduk rumah, bukan buat apa-apa pun . Hari-hari menghadap laptop, tengok tv . Itu je lah rutin harian aku selama dua minggu . Makan pun tak menentu . Kadang-kadang makan, kadang-kadang tak . Yalah, ibu semenjak dua menjak ni, selalu tak cukup duit . Aku pun pelik . Haritu, masa hari Khamis, aku nak hang dengan kawan aku kat MP . Mula-mula, aku cakap kaat ayah, ayah aku pun dah setuju . Bila aku cakap kat ibu aku je, ibu aku tiba-tiba naik angin dengan aku . Ibu aku cakap, "Tak payah nak mengada-ngada kau . Nak hang bagai . Nanti kat sana kalau kene culik, siapa yang susah . Duduk rumah je lah . Dah, tak payah lah nak pergi . Biarkan kawan-kawan kau tu . Dia nak pergi, dia punya pasal ." Sedih betul bila aku dengar ayat tu ! Salah ke aku nak hang dengan kawan aku ? Suka sangat kongkong aku . Sebab tu lah aku lebih suka duduk kat hostel berbanding kat rumah . Duduk rumah memang membosankan . Aku dah bosanlah hidup macam ni ! Sekurang-kurangnya, duduk kat hostel pun ada lah kebebasan dia sikit . Warden takdelah nak kongkong pelajar dia . Ibu ayah aku suka sangat kongkong aku . Aku dah besar, tahulah aku jaga diri aku . Aku bukannya budak kecil lagi ! Ingat aku ni takde perasaan ke ? Aku hang dengan kawan aku . Semua perempuan, takde lelaki pun . Hishhh ! Tolonglah, jangan kongkong hidup aku lebih-lebih . Aku memang tak suka . Benci lah ! Aku rasa macam nak je lari dari rumah . Tapi, nanti tak tahu nak tinggal kat mana ! Batalkan niat je lah ! Please ! Aku mohon, jangan kongkong hidup aku lagi . Harap maklum ~